Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana MenteriMalaysia (ke-6) sejak 3 April 2009 sehingga kini. Beliau juga sebagai Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan,Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.
LATAR BELAKANG
Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh PuanRahah Mohammad Noah. Selain itu, beliau berdarah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan.[2]
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepadaDatuk Hishamuddin Tun Hussein.
PENDIDIKAN
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malverndi Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripadaUniversiti Nottingham, England pada tahun 1974.
POLITIK
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, dengan kematian bapanya. Beliau menjadi ahli parlimen termuda yang pernah dipilih dengan usia 23 tahun ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeriPahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262 menewaskan calon lawan Khairul Anuar bin Ahmad Zainudin dari PKR yang beroleh 9,798 undi.
ANUGERAH
2012
Imam Khalifah Agung
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)
2012
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China (WCEF)
2011
Anugerah Kepimpinan Transformasi
Forum Ekonomi Cina Dunia
2010
AFC Diamond of Asia
Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC)
2010
King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama)
Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud
2010
Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
2007
Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM)
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob

- 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
- 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
- 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
- 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
- 1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
- 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
- 1995-1999 - Menteri Pendidikan